53 pesakit Covid-19 perlukan ABP; 13 kluster - Utusan Malaysia

53 pesakit Covid-19 perlukan ABP; 13 kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,821 kes bersamaan 99.1 peratus daripada 3,856 kes positif Covid-19 hari ini, adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 35 kes bersamaan 0.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, sebanyak 3,856 kes positif menunjukkan penurunan berbanding semalam, 4,116 kes sekali gus mengatasi 2,814 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan terus merekodkan penurunan, 53 kes berbanding semalam, 62 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan peningkatan, 143 kes berbanding semalam, 141 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 13 kluster baharu berbanding semalam, sembilan kluster.

Katanya, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,306 kluster.

“Sebanyak 235 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 225 kluster.

“Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,071 kluster berbanding semalam, 6,068 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu 15 kes berbanding semalam, 16 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,882 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sifar kes daripada 14 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,426 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya