525 pelajar, 25 guru positif Covid-19 babitkan lapan kluster pendidikan di Kedah - Utusan Malaysia

525 pelajar, 25 guru positif Covid-19 babitkan lapan kluster pendidikan di Kedah

NAJMI Ahmad (tengah) menerima cenderamata daripada Tunku Maziah Tunku Mukhtar pada Majlis Pelancaran Program IMPAK SPM 2021 di Alor Setar hari ini. - UTUSAN/ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 525 pelajar dan 25 guru di negeri ini disahkan positif Covid-19 yang membabitkan lapan kluster pendidikan setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, sebanyak 15 sekolah menengah iaitu 13 sekolah harian berasrama dan dua sekolah harian biasa masih ditutup sehingga hari ini.

Kata beliau, berikutan itu kerajaan negeri meminta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah dan pihak pengurusan sekolah meningkatkan pemantauan termasuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terus dipatuhi.

“Setakat ini trend jangkitan di sekolah dilihat masih terkawal namun juga ditahap membimbangkan, jadi diingatkan semua pihak jalankan peranan masing-masing untuk terus patuhi SOP.

“Kesemua pelajar positif telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) berhampiran dan mengikut tahap jangkitan dan kesihatan mereka,” katanya berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan (IMPAK) SPM 2021 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IMPAK, Tunku Maziah Tunku Mukhtar.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan kes positif Covid-19 membabitkan pelajar antaranya di Pendang, Kulim, Kubang Pasu, Yan dan Kuala Muda yang mula dikesan pada 11 Januari lalu.

Dalam pada itu, Najmi memberitahu, seramai 25,000 pelajar daripada 203 sekolah di negeri ini mendapat manfaat daripada program IMPAK tersebut.

“Dengan bimbingan guru-guru cemerlang diharapkan pelajar terutama yang bakal menghadapi peperiksaan utama pulih semula semangat untuk belajar selain memudahkan mereka mendapatkan bahan belajar,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya