162 guru di Kedah belum divaksin - Utusan Malaysia

162 guru di Kedah belum divaksin

ROZAINI Ahmad (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Najmi Ahmad pada Majlis Pelancaran Program IMPAK SPM 2021 di Alor Setar hari ini. - UTUSAN/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 162 guru daripada kira-kira 30,400 guru di negeri ini masih enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad berkata, kebanyakan guru terlibat memberi alasan seperti masalah kesihatan, belum bersedia dan mempunyai tafsiran atau pemahaman tersendiri berkaitan vaksinasi bagi mengelak terima disuntik.

Namun, kata beliau, kesemua guru tersebut masih mengajar serta menyediakan bahan belajar kepada pelajar seperti biasa tetapi hanya mengajar secara dalam talian dan diasingkan di sekolah.

“Demonstrasi aman pihak waris di sebuah sekolah di Jitra baru-baru ini berikutan seorang guru tidak divaksinasi, pihak kami tidak dapat mengawalnya, namun, ada kemunasabahan kerana kebimbangan mereka dengan keselamatan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Program Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan (IMPAK) SPM 2021 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad.

Bagaimanapun, Rozaini memberitahu, guru-guru tersebut akan terus dipujuk dan  menasihati guru terlibat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ini kerana, katanya, pihaknya juga tidak dapat bertindak ke atas guru berkenaan di luar prosuder operasi standard (SOP) Jabatan Pendidikan.

“Beberapa sekolah terpaksa menyediakan bilik khas bagi mengasingkan guru-guru ini, selain ia juga memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar dan mendatangkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa pelajar dan guru serta kakitangan lain di sekolah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya