1,494 kes pelajar positif Covid-19 di Kedah - Utusan Malaysia

1,494 kes pelajar positif Covid-19 di Kedah

KLUSTER Dah Sungai Balak di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim menjadi kluster baharu pendidikan jangkitan Covid-19 di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak 1,494 kes membabitkan pelajar yang dilaporkan positif Covid-19 di Kedah sejak 1 Januari sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, jumlah kes tersebut melibatkan pelajar sekolah berusia tujuh hingga 18 tahun dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, dari jumlah tersebut sebanyak 579 kes atau 38.8 peratus dilaporkan telah sembuh manakala 915 atau 61.2 peratus kes lagi masih dirawat.

Katanya, sebanyak 1,493 kes atau 99.9 peratus daripada kes tersebut adalah dari kategori satu dan dua manakala satu kes atau 0.1 peratus lagi dari kategori tiga tetapi telah sembuh.

“Setakat ini tiada kes yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) atau kematian membabitkan kluster pendidikan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau menambah, sebanyak 11 kluster pendidikan membabitkan pelajar sekolah direkodkan setakat Sabtu lalu.

Katanya, terdapat dua kluster pendidikan baharu yang diisytiharkan setakat Sabtu lalu.

“Dua kluster tersebut ialah Kluster Dah Sungai Balak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim dan Kluster Dah Mutiara Naga membabitkan sebuah tadika swasta di Kubang Pasu.

“Sebanyak 90 kes positif Covid-19 yang direkodkan melibatkan Kluster Dah Sungai Balak dan sebanyak 41 kes daripada Kluster Dah Mutiara Naga ,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya