Omicron: Langkah terakhir mungkin tangguh umrah - KJ - Utusan Malaysia

Omicron: Langkah terakhir mungkin tangguh umrah – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin menangguhkan ibadah umrah jika situasi penularan varian Omicron di Arab Saudi meningkat dan jangkitan dalam kalangan jemaah tempatan berada pada tahap membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia belum sampai tahap (tangguh ibadah umrah) itu lagi dan kerajaan tidak mahu melakukan keputusan terburu-buru.

Beliau berkata, buat masa ini, jemaah umrah yang baru pulang ke tanah air akan dipakaikan peranti digital bagi memudahkan pemantauan.

“Jika situasi makin membimbangkan, kita mungkin meletakkan jemaah umrah yang baru pulang ke pusat kuarantin dan langkah terakhir mungkin menangguhkan ibadah umrah. Kita masih memantau situasi penularan itu di Arab Saudi dan langkah-langkah kesihatan lain,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan berbincang dengan syarikat pelancongan umrah supaya memastikan setiap bakal jemaah mengambil dos penggalak terlebih dahulu sebelum pergi menunaikan ibadah umrah.

Khairy berkata, beliau juga menasihatkan jemaah umrah yang sudah pulang supaya melalukan ujian saringan kendiri Covid-19 setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

“Banyak kes yang kami terima, ramai jemaah umrah disahkan positif selepas hari kelima mereka tiba di tanah air. Mereka disahkan negatif untuk ujian pra pelepasan dan semasa ketibaan tapi disahkan positif pada hari kelima dalam tempoh kuarantin.

“Sebab itu, kami galakkan supaya mereka jalankan ujian kendiri setiap hari sepanjang tempoh kuarantin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum menyertai sebarang sambutan Hari Tahun Baharu bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Saya merayu kepada semua masyarakat supaya sentiasa mengamalkan amalan kesihatan baik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya