Kes kedua Omicron di Perak libatkan jemaah umrah - Utusan Malaysia

Kes kedua Omicron di Perak libatkan jemaah umrah

MOHD. Akmal Kamarudin (tiga kanan) menyerahkan hadiah kepada pemenang pertandingan fotografi sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu lagi kes positif Covid-19 melibatkan varian Omicron dilaporkan di negeri ini selepas kes pertama membabitkan seorang pengembara wanita bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba di Malaysia pada 19 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, kes berkenaan melibatkan seorang warga tempatan yang pulang dari menunaikan umrah di Arab Saudi, baru-baru ini.

Bagaimanapun Mohd. Akmal berkata, hanya seorang sahaja jemaah dari negeri ini yang tiba dari Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang dilaporkan positif Covid-19 melibatkan varian Omicron, manakala selebihnya negatif.

“Di Perak ada satu kes rakyat tempatan balik daripada menunaikan umrah dijangkiti varian Omicron menjadikannya kes kedua dilaporkan selepas kes pertama melibatkan pelajar dari Afrika sebelum ini.

“Kes kedua ini dikesan semasa individu berkenaan menjalani kuarantin selepas pulang dari Arab Saudi dan tindakan pantas kerajaan dapat membendung penularan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Akmal, keadaan masih terkawal meskipun Perak mencatatkan kes kedua  melibatkan varian Omicron memandangkan kerajaan negeri bersama agensi dan jabatan terlibat sentiasa memantau perkara tersebut.

“Serakat ini keadaan di Perak masih terkawal kerana ia melibatkan usaha pelbagau pihak serta semua individu yang dikuarantin dipakaikan gelang digital bagi mengesan pergerakan mereka.

“Selain itu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga sentiasa memantau individu-individu yang dikuarantin disamping kerjasama di kalangan jemaah umrah yang pulang menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Mohd. Akmal turut menasihatkan jemaah umrah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

“Jangan balik umrah menganggap perkara ini sebagai remeh kerana tiada simptom hingga menerima tetamu, rupa-rupanya tidak sedar ada membawa virus ini.

“Kita minta kerjasama semua pihak termasuk agensi pelancongan untuk mengingatkan peserta agar terus berdisiplin menjalani kuarantin bagi mengekang penularan varian ini,” katanya.

Sementara itu, difahamkan individu yang dilaporkan positif Covid-19 melibatkan varian Omicron berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 Disember lalu.

Individu berkenaan berada di kategori kedua jangkitan Covid-19 selain turut menunjukkan simptom jangkitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.