Pelancong kanak-kanak tiada kaitan kluster di Langkawi - Utusan Malaysia

Pelancong kanak-kanak tiada kaitan kluster di Langkawi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan satu kes positif Covid-19 melibatkan pelancong ke Langkawi, Kedah, iaitu seorang kanak-kanak tiga tahun tidak mempunyai kaitan dengan Kluster Dah Teluk Nibung yang dikesan Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati kluster tersebut dikategori sebagai kluster tempat kerja yang melibatkan penduduk tempatan Langkawi iaitu pekerja dan juga kontak rapat ahli keluarga.

Sehingga hari ini katanya, seramai 59 kes positif daripada 254 individu dan 187 individu negatif manakala tiga individu masih menunggu keputusan.

“Penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja akibat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja dan asrama penginapan.

“Semua kontak rapat yang telah dikenal pasti diberi arahan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian di Rumah (HSO), selama 10 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kesemua kes Kluster Dah Teluk Nibung adalah kategori satu dan dua sahaja manakala, semua pekerja telah menerima suntikan dos lengkap vaksin Covid-19.

Utusan Online bulan lalu melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan satu kes positif Covid-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan.

Kanak-kanak tersebut bersama ibu bapanya tiba di Langkawi melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas saringan RTK-Ag sebelum berlepas ke Langkawi serta disahkan negatif selain bukan kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya