Kematian Covid-19 hampir cecah 27,000 kes - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 hampir cecah 27,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku sedikit penurunan sebanyak 105 kes berbanding kelmarin, 117 kes. 

 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,981 kes. 

 

Sebanyak 26 daripada 105 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,424 kes. 

 

Sebanyak 847 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 445 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,637 orang. 

 

Utusan Online semalam melaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 9,380 kes berbanding semalam, 8,817 kes sekali gus terus diatasi 13,045 kes sembuh. 

 

“Tempat kerja dan komuniti masing-masing merekodkan lima kluster daripada 11 kluster Covid-19 hari ini dengan satu kumpulan berisiko tinggi manakala Kelantan, penyumbang terbanyak iaitu enam kluster,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN