Sebuah kapal milik Malaysia sudah lepasi Selat Hormuz

Sebuah kapal milik Malaysia sudah lepasi Selat Hormuz

KETIDAKTENTUAN yang berpunca daripada konflik geopolitik ketika ini menuntut negara melihat kesan krisis secara lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada isu bekalan tenaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kapal tangki milik Malaysia yang membawa minyak mentah dari Iraq sudah berjaya melintasi Selat Hormuz dan dijangka tiba di tanah air pada pertengahan bulan ini.

Berdasarkan data daripada Kumpulan Bursa Saham London (LSEG) dan Kpler, kapal tangki minyak itu berjaya melintasi laluan laut itu selepas Iran menyatakan bahawa Iraq dikecualikan daripada sebarang sekatan.

Kapal Ocean Thunder itu memuatkan kira-kira satu juta tong minyak mentah Basrah Heavy pada 2 Mac dan dijangka memunggah kargonya di Pengerang, Johor pada April ini.

Menurut maklumat, kapal tangki itu disewa oleh sebuah unit kepada syarikat tenaga milik negara Malaysia Petronas iaitu Petco.

Ia merupakan antara tujuh kapal yang Malaysia yang dibenarkan oleh Iran untuk melalui selat tersebut.

Kementerian Luar dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) setakat ini tidak memberi sebarang maklum balas.

31 Mac lalu, Utusan Malaysia melaporkan, tujuh buah kapal milik Malaysia dengan empat daripadanya sarat membawa muatan minyak mentah yang terkandas di Selat Hormuz sudah mendapat kebenaran daripada kerajaan Iran untuk meneruskan pelayaran pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, buat masa ini, kesemua kapal itu yang dinaiki 282 orang anak kapal warganegara Malaysia itu masih lagi menunggu masa sesuai sebelum dapat meneruskan pelayarannya melalui Selat Hormuz.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, pelayaran ketujuh-tujuh kapal tersebut masih tergendala disebabkan laluan Selat Hormuz kini mengalami kesesakan luar biasa.

Katanya, difahamkan, pada masa kini laluan tersebut dibanjiri kira-kira 2,000 kapal lain yang masih tidak mendapat kebenaran untuk melalui Selat Hormuz.

Keadaan itu mengakibatkan perairan dengan titik sempit hanya selebar 33 kilometer itu mengalami kesesakan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN