Vaksin secara 'walk-in' kepada warga emas di seluruh negara minggu depan - Utusan Malaysia

Vaksin secara ‘walk-in’ kepada warga emas di seluruh negara minggu depan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inisiatif pelaksanaan vaksinasi secara konsep ‘walk-in’ bagi warga emas akan diperluaskan ke seluruh negara bermula minggu hadapan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan program itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam mesyuarat hari ini.

Katanya, CITF negeri diberi kuasa untuk menentukan tarikh pelaksanaan dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terbabit.

“Inisiatif itu khusus bagi warga emas yang belum menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19.

“Saya difahamkan ada negeri sudah memulakan inisiatif itu dan ada negeri yang sudah bersedia untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar mingguan CITF hari ini.

Sebelum ini, konsep sama pernah dilaksanakan di Lembah Klang di mana warga emas yang belum menerima vaksin boleh pergi ke mana-mana PPV untuk suntikan dos pertama.

Dalam pada itu, Khairy berkata, bermula bulan ini, CITF akan memberi keutamaan pengedaran bekalan vaksin kepada negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes positif Covid-19.

Menurutnya, dua pertimbangan diberikan CITF termasuk bagi tujuan kawalan wabak dan kadar suntikan vaksin yang masih rendah.

“Kami mahu memastikan negeri-negeri berkenaan dapat menyamai kadar suntikan vaksin di negeri-negeri lain.

“Kami meletakkan sasaran supaya semua negeri dapat mencapai nilai ambang 40 peratus daripada populasi dewasa lengkap menerima dua dos suntikan vaksin menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini,” katanya.

Pada masa sama katanya, usaha itu dijangka dapat menyeimbangkan semula kadar vaksinasi antara negeri-negeri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya