SELEPAS kejayaan misi Artemis II menyelesaikan penerbangan bersejarah minggu lalu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kini bergantung kepada hartawan, Jeff Bezos dan Elon Musk untuk langkah seterusnya mendaratkan angkasawan di permukaan bulan. Program Apollo yang menghantar manusia pertama dan satu-satunya ke permukaan bulan antara tahun 1969 hingga 1972, direka supaya hanya dua angkasawan boleh mendarat dalam tempoh maksimum beberapa hari. Namun selepas 50 tahun, aspirasi dan kepakaran…










