Penduduk tiga buah kampung orang Asli jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Penduduk tiga buah kampung orang Asli jalani saringan Covid-19

PETUGAS Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap penduduk di tiga buah perkampungan orang Asli di Inas, Kuala Pilah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 158 orang individu masyarakat orang Asli dari tiga buah perkampungan di Inas dekat sini menjalani ujian saringan Covid-19 selepas terdapat pengesanan jangkitan di kampung-kampung tersebut sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap, tiga buah kampung terlibat ialah Kampung Orang Asli Air Pulasan, Kampung Orang Asli Lerek dan Kampung Orang Asli Air Runtuh.

“Ujian saringan berkenaan bermula pukul 10 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi. Daripada saringan tersebut, saya dimaklumkan, seramai 142 individu negatif Covid-19.

“Seramai 16 individu pula merupakan kontak rapat iaitu isi rumah dan kejiranan terdekat kepada kes positif sebelum ini telah diminta untuk menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah bermula hari ini dan telah dipakaikan gelang merah jambu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Faizal memberitahu, pihaknya juga akan berterusan melakukan pemantauan kes di kampung berkenaan bagi mengelakkan kes merebak ke kawasan lain.

Katanya, ujian saringan hari ini turut melibatkan seramai 25 orang petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, dua anggota Rela dan dua orang anggota polis. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN