92 kematian Covid-19; 970 kes ICU - Utusan Malaysia

92 kematian Covid-19; 970 kes ICU

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 17,045 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 9,683 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 92 kematian dicatatkan dengan 970 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 501 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 160,903 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407), Melaka (370), Terengganu (273) dan Kelantan (266).

“Dua wilayah mencatatkan kes dua angka Putrajaya (50) dan Labuan (21) manakala Perlis (10),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN