5,910 kes sembuh 87 lagi kes kematian akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

5,910 kes sembuh 87 lagi kes kematian akibat Covid-19

Kakitangan barisan hadapan 'Team Tok Adi' dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menguruskan jenazah pesakit covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka hari ini. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 apabila mencatatat rekod baharu jumlah kes harian iaitu 9,353 kes berbanding semalam, 9,180 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,910 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 87 kes kematian dicatatkan dengan 959 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 451 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 84,021 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,277 kes diikuti Kuala Lumpur (1,398), Melaka (835), Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251) dan Pahang (247).

“Dua negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Pulau Pinang (180), Perak (145) manakala Kelantan (89), Labuan (85), Terengganu (50), Putrajaya (39) dan Perlis, sebanyak empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN