Vaksin swasta tidak adil kepada golongan kurang berkemampuan - Utusan Malaysia

Vaksin swasta tidak adil kepada golongan kurang berkemampuan

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Cadangan membenarkan hospital swasta membeli vaksin Covid-19 dan menawarkan suntikan kepada mereka yang mampu membayarNYA dilihat sebagai tidak adil kepada rakyat jika dilaksanakan pada masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, perkara itu akan menimbulkan situasi yang mana mereka yang berkemampuan membayar harga vaksin memotong ‘barisan’ golongan tidak mampu.

“Ada cadangan supaya vaksin ini diberikan kepada klinik swasta dan boleh jual, di peringkat sekarang ini adalah tidak adil.

“Ini membawa maksud mereka yang mampu membeli vaksin akan potong barisan. Di Malaysia kita ada proses yang kita mahu berikan vaksin secara percuma kepada golongan sasaran,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya hospital swasta dibenarkan membeli serta menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada mereka yang berkemampuan untuk membayar harga vaksin berkenaan.

Cadangan itu dikatakan mampu menjadi pemangkin ke arah mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.

Menurut Jagdeep, Kerajaan Pusat buat masa ini perlu terlebih dahulu menjalankan program imunisasi mengikut fasa yang dirancang.

“Apabila fasa pertama serta kedua sudah selesai baru kita boleh bincang sama ada kita mahu benarkan pihak swasta tawarkan vaksin Covid-19 kepada pihak yang berkemampuan membayarnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mana-mana individu yang menerima suntikan vaksin Covid-19 diingatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya risiko jangkitan dapat dielakkan.

“Saya sudah menerima suntikan vaksin, selepas dapat vaksin pun saya masih memakai pelitup muka dan menjaga keselamatan diri dengan mematuhi SOP.

“Selepas terima vaksin pun kita mesti patuhi SOP supaya kita dapat menang peperangan melawan Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.