Farhash buktikan konsisten kepada perjuangan reformasi - AMK

Farhash buktikan konsisten kepada perjuangan reformasi – AMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak telah membuktikan pendirian beliau yang konsisten dan setia kepada perjuangan reformasi ketika pelbagai cabaran dan gelombang politik melanda.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dzul Hilmi Zainol berkata, Farhash tetap memilih untuk setia pada perjuangan reformasi dan istiqomah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sejarah politik negara telah menyaksikan bagaimana beberapa tokoh yang memilih haluan berbeza daripada perjuangan asal yang pernah mereka laungkan.

“Rakyat dan anggota parti boleh lihat dan menilai siapa yang kekal bersama perjuangan ketika susah dan siapa yang hanya bersama ketika ia menguntungkan.

“Perjuangan reformasi bukan sekadar slogan atau retorik ketika berada di pentas politik. Ia adalah soal kesetiaan kepada prinsip, keberanian mempertahankan nilai dan kesanggupan untuk terus berjuang walaupun berdepan tekanan serta cabaran,” katanya hari ini.

Atas sebab itu, katanya, berdasarkan rekod dan komitmennya terhadap perjuangan reformasi, kesetiaan beliau dalam memilih perjuangan dan keputusan untuk terus bersama Anwar adalah tepat serta selari dalam membawa obor perjuangan reformasi kepada rakyat.

“Reformasi memerlukan kesetiaan kepada prinsip, bukan kesetiaan kepada kepentingan. Dalam hal ini, Farhash telah menunjukkan bahawa beliau tetap teguh bersama perjuangan yang diperjuangkannya sejak awal.

“Siapa yang kekal istiqamah dengan perjuangan dan siapa yang memilih jalan lain apabila berhadapan dengan ujian kuasa serta kepentingan politik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN