Masih lepasi 3,000 kes - Utusan Malaysia

Masih lepasi 3,000 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 terus mencatatkan melebihi 3,000 kes iaitu 3,384 kes dengan kes sembuh mengatasi kes baharu sebanyak 3,774, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Nor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 13 kematian lagi direkodkan dengan 259 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi manakala 122 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kumulatif kes baharu positif merekodkan 254,988 kes manakala kes sembuh 202,269 kes.

“17 kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan 13 kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi. Jumlah kes baharu bagi kesemua kluster tersebut adalah 687 kes,” katanya.

Menurut Noor Hisham, Selangor masih merekodkan melebihi 1,000 kes iaitu 1,082 kes diikuti Johor dengan 777 kes, Kuala Lumpur ,435 kes dan Kedah 228 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya