Pekerja hotel bimbang PKP lebih ketat - Utusan Malaysia

Pekerja hotel bimbang PKP lebih ketat

KAWASAN pelancongan di Batu Feringghi, Pulau Pinang lengang selepas PKP dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 sekali gus menjejaskan industri perhotelan di kawasan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Desas-desus pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat dengan menutup hampir kesemua sektor selepas 4 Februari ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pekerja industri perhotelan di negeri ini mengenai masa depan mereka.

Ini memandangkan sepanjang tempoh ketika ini, industri perhotelan adalah sektor yang paling terjejas akibat ketiadaan pelancong dan pembatalan tempahan bilik hotel.

Seorang pekerja hotel di Tanjung Bungah yang hanya ingin dikenali sebagai Hasni, 38, berkata, hotel tempat dia bekerja meminta pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi mengurangkan kos operasi ketika tempoh PKP.

“Gaji kami dibayar separuh dan sepanjang 14 hari tempoh PKP dilaksanakan, kami diminta mengambil cuti tanpa gaji.

“Ramai yang bimbang bila mendengar PKP akan diketatkan selepas ini, kami tidak tahu bagaimana masa depan kamii,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beberapa laporan media sebelum ini memetik kenyataan sebuah persatuan berkenaan kemungkinan PKP lebih ketat dilaksanakan dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi selepas 4 Februari ini penularan Covid-19 masih gagal dikekang.

Menurut Hasni, ramai dalam kalangan pekerja hotel berharap kerajaan dapat mencari langkah terbaik bagi mengatasi pandemik Covid-19 ketika ini supaya pekerjaan mereka tidak terjejas.

Dalam pada itu, seorang lagi pekerja hotel di Batu Feringgi yang mahu dikenali sebagai Azwan, 30, berkata, hotel tempatnya bekerja kini menjual makanan secara dalam talian bagi memastikan gaji pekerja dapat dibayar ketika PKP.

“Kalau PKP diketatkan lagi, mungkin lebih ramai pekerja industri perhotelan terjejas.

“Sekarang pun kami hanya dapat gaji pokok sekitar RM1,200 sahaja, majikan masih cuba bertahan dengan menjalankan perniagaan makanan online, tetapi masih belum cukup untuk menampung kos operasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya