Kakitangan sah Covid, MBSP nasihat jangan panik - Utusan Malaysia

Kakitangan sah Covid, MBSP nasihat jangan panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesahkan seorang kakitangannya positif Covid-19 sejak semalam.

Datuk Bandar Seberang Perai, Datuk Rozali Mohamud berkata, pegawai tersebut bagaimanapun hanya hadir sekali ke pejabat di Menara Bandaraya di sini untuk bertugas pada 25 November lalu sebelum dimasukkan ke hospital enam hari kemudian.

Sehubungan itu katanya, sebagai langkah pencegahan, pihak pengurusan telah mengenal pasti semua kakitangan dan pegawai lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan dan mereka juga telah diarah bekerja dari rumah.

Pada masa sama beliau berkata, beberapa jabatan di Menara MBSP dan Jabatan Landskap Kampung Jawa telah ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh.

“Saya juga ingin menasihatkan orang awam supaya tidak perlu risau kerana operasi MBSP di kaunter berpusat masih berjalan seperti biasa.

“Bagaimanapun, mereka digalakkan untuk membuat pembayaran atau mendapatkan lain-lain perkhidmatan MBSP secara online,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, penduduk Seberang Perai juga dinasihatkan tidak panik kerana keadaan adalah terkawal dan berada dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya