ADUN pembangkang hanya terima RM40,000 bantuan khas Covid-19 - Utusan Malaysia

ADUN pembangkang hanya terima RM40,000 bantuan khas Covid-19

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dr. Abdul Aziz Bari mendakwa semua pusat khidmat pembangkang Perak hanya menerima RM40,000 daripada RM80,000 peruntukan Bantuan Khas Covid-19 yang diumumkan sebelum ini.  

Beliau berkata, peruntukan tersebut disalurkan sebanyak dua kali, masing-masing berjumlah RM20,000 setiap bayaran. 

“Pejabat ini ingin menyatakan bahawa setakat ini pejabat-pejabat pusat khidmat pembangkang di seluruh negeri Perak hanya menerima RM40,000 sahaja.  

“Kami tidak pasti sama ada peruntukan berjumlah RM50,000 (seperti diumumkan 29 November lalu)  termasuk baki yang belum kami terima atau tambahan kepada amaun asal RM80,000 terdahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal  Azumu pada 29 November lalu mengumumkan akan menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM50,000 bagi setiap kawasan DUN bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat banjir.

Selain banjir, bantuan itu juga turut membantu mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu.

Sumbangan itu adalah untuk diagihkan secara terus kepada golongan sasar di kawasan masing-masing.

Kerajaan negeri ini telah menyalurkan keseluruhan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada 59 Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri.

Ia dibuat secara empat kali bayaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac hingga Mei tahun ini untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan masing-masing. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya