Semua kakitangan Parlimen negatif Covid-19

Semua kakitangan Parlimen negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Semua kakitangan Parlimen disahkan negatif dan bebas daripada jangkitan Covid-19.

Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin dalam satu kenyataan berkata, ujian saringan  dibuat membabitkan semua pegawai dan kakitangan Parlimen termasuk Polis Bantuan yang bertugas di Parlimen.

Katanya, perkara itu disahkan melalui ujian saringan yang dibuat kakitangan Parlimen dengan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 28 dan 30 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, hasil ujian saringan itu turut membabitkan media rasmi dan ahli Parlimen. Ada dua kes positif yang membabitkan petugas media dan seorang pegawai kepada Ahli Dewan Negara.

“Kedua-dua kes itu sudah diambil tindakan lanjut oleh KKM sejurus selepas keputusan ujian saringan diperoleh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya