NASIONAL KUALA LUMPUR 10 April – Segmen bual santai setiap hari Rabu bersama artis dan selebriti tanah air Jom Chat malam ini kembali bersiaran secara live di Facebook Utusan Online dan aplikasi Daily Motion dengan menampilkan Zizi Kirana, Waris dan DJ Fuzz. Lagu berjudul 3 Kata bukan sahaja kolaborasi antara Zizi Kirana dan Waris dengan DJ Fuzz bertindak sebagai penerbit dan juga penulis lirik bersama Rayendie Rohy Pono dari Goodsound Music tetapi juga merupakan kerjasama di antara label syarikat rakaman Life Records bersama Mixology. Lirik video 3 Kata baharu sahaja dimuat naik di platform YoutTube dan semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, Itunes, Joox pada 8 Mac lalu dan sambutannya amat menggalakkan. Sekarang, muzik video 3 Kata yang sudah pun siap pembikinannya, akan dimuat naik di YouTube tidak lama lagi. Jangan lupa untuk menonton Jom Chat 9 malam ini, dihoskan oleh Apak selama satu jam. Segmen bual santai malam ini juga akan diperdengarkan secara eksklusif lagu 3 Kata nyanyian Zizi Kirana dan Waris. – UTUSAN ONLINE 10 April 2019, 7:17 pm
NASIONAL Bentang semula pindaan Perlembagaan Persekutuan bergantung kepada keperluan 10 April 2019, 6:52 pm