Sesak nafas: JAS tumpu tapak pelupusan sampah pula - Utusan Malaysia

Sesak nafas: JAS tumpu tapak pelupusan sampah pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan pemantauan agresif terhadap tapak pelupusan haram di Pasir Gudang esok, bagi mengenal pasti punca sebenar berlaku insiden sesak nafas di beberapa buah sekolah sejak Khamis.

Ini susulan JAS percaya tapak pelupusan itu turut berpotensi menyumbang kepada punca kejadian.

Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, selain tapak pelupusan haram, pihaknya juga akan memeriksa semula kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan sisa buangan kimia pada Mac lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita takut orang buang sesuatu di mana-mana, sebab itu kita akan buat rondaan (pemantauan) dengan menggunakan drone dan kaedah lain,” katanya yang dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, dijangkakan seramai 150 anggota penguat kuasa akan terbabit dalam operasi tersebut.

“Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada syarikat konsesi JAS untuk menggunakan mobile unit mereka bagi memantau kualiti udara dengan parameter yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, pemantauan pihaknya tertumpu di sekolah yang terjejas dan kilang berdekatan dengan kekerapan pemeriksaan adalah setiap empat jam menggunakan alat ‘multi gas detector’. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini