LAGOS – Sekurang-kurangnya lapan maut selepas sebuah saluran paip meletup di selatan timur Nigeria, di sini, semalam.
Kejadian berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan saluran paip di Oyigbo dekat pelabuhan Harcourt dilakukan.
Jurucakap polis, Nnamdi Omoni berkata, angka kematian dijangka meningkat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Beberapa individu di lokasi kejadian mencedok bahan-bahan bakar yang tertumpah ketika kejadian berlaku,” katanya.
Penguatkuasa bagaimanapun tidak menolak berlakunya unsur-unsur khianat dalam kejadian itu.- AFP











