MISHA perkukuh kerjasama keselamatan pekerjaan Malaysia-Pakistan - Utusan Malaysia

MISHA perkukuh kerjasama keselamatan pekerjaan Malaysia-Pakistan

MISHA
Delegasi MISHA Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Encik Abd Mutalib Abd Gapar (tiga dari kanan), bersama Consul General, Encik Mohd Yunus Ibrahim (tiga dari kiri). Turut serta dalam gambar adalah Ketua Pegawai Eksekutif PSC, Encik Ali Raza Memon (dua dari kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Industri Malaysia (MISHA) mengadakan lawatan kerja ke Karachi, Pakistan bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) antara kedua-dua negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lawatan itu melibatkan perbincangan bersama Pakistan Safety Council (PSC), selain memenuhi undangan khas untuk menghadiri Pakistan Safety Council Health, Safety and Environment (HSE) Excellence Annual Conference & Awards 2026.

Delegasi MISHA diketuai Timbalan Presidennya, Abd Mutalib Abd Gapar, bersama Bendahari, Saiful Tarmaj, Ketua Perhubungan Industri Sektor Pembinaan, Mohd Ekhsan Noor Kamal, serta Penasihat Hubungan Antarabangsa, Komunikasi dan Media, Ahmad Syazwan Syuwari Nordin.

Dalam pertemuan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi, kedua-dua pihak membincangkan perkongsian amalan terbaik OSH serta peluang kerjasama antara organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan Malaysia dan Pakistan.

Menurut Abd Mutalib, kerjasama itu penting memandangkan ramai warga Pakistan bekerja di Malaysia.

Beliau berkata, antara cadangan yang dibincangkan ialah menyediakan latihan dan pendedahan awal mengenai keselamatan pekerjaan kepada pekerja Pakistan sebelum mereka datang ke Malaysia.

Langkah itu bertujuan memastikan mereka lebih memahami aspek keselamatan di tempat kerja serta keperluan industri di negara ini.

Kerjasama berkenaan turut membuka ruang perkongsian kepakaran dan amalan keselamatan industri di peringkat antarabangsa, di samping menyokong usaha memperkukuh hubungan dua hala menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Pakistan pada 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini