Anggota maut: Maritim Malaysia teliti SOP

Anggota maut: Maritim Malaysia teliti SOP

AHLI-ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian Allahyarham Mohd. Roshaimi Mohd. Ridzuan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah, kelmarin. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian meragut nyawa anggotanya agar dapat mengenal pasti punca serta kelemahan yang boleh diperbaiki.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, setiap operasi agensi itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan pematuhannya sentiasa ditekankan kepada anggota.

Katanya, siasatan dalaman dilaksanakan secepat mungkin, namun mungkin mengambil masa beberapa minggu bagi membolehkan penelitian menyeluruh dilakukan termasuk mengenal pasti keperluan menambah baik SOP, latihan dan kelengkapan operasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap kejadian yang melibatkan kecederaan anggota atau kerosakan aset akan disiasat secara dalaman.

“Kami perlu mengenal pasti perkara yang boleh ditambah baik demi keselamatan warga Maritim Malaysia pada masa akan datang serta mengelak kejadian sama berulang,” katanya selepas istiadat pengebumian di Kuala Nerang, di sini kelmarin.

Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd. Roshaimi Mohd. Ridzuan, 41, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, sekitar pukul 9.45 malam.

Sementara itu, ujar Mohd. Zawawi, pihaknya turut menyokong arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, insiden itu tidak akan mematahkan sema­ngat anggota Maritim Malaysia, sebaliknya menjadi dorongan untuk terus melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Menurutnya, sokongan serta kata-kata semangat daripada kepimpinan agensi akan terus diberikan kepada terutama angota yang bertugas di lapangan dan di kawasan sempadan perairan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini