Unta Australia tarikan MAHA 2026

Unta Australia tarikan MAHA 2026

PENGUNJUNG melihat unta yang menjadi tarikan di laman ternakan pada MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang, Selangor, semalam. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua ekor unta yang dibawa khas dari Australia mencuri tumpuan pengunjung dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Pembantu Pengurus Ladang Borneo Meat and Livestock Sdn. Bhd., Mohamad Zaki Abdul Kadir berkata, dua ekor unta itu menjadi tarikan utama di Ladang Veterinar sekali gus memberi peluang kepada pe­ngunjung melihat dengan lebih dekat serta mempelajari keunikan haiwan itu.

“Tahun ini adalah pertama kali kami diminta oleh pihak Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) untuk mempamerkan unta. Ia baru berusia kurang daripada tiga tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mahu memperkenalkan unta pada pengunjung MAHA 2026 kerana ingin memberikan pendidikan mengenai haiwan tersebut, ia sangat mudah untuk dijaga berbanding ternakan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamad Zaki berkata, aktiviti penternakan unta di Malaysia wajar diperluaskan di seluruh negara.

Ia memandangkan negara ini mempunyai kawasan dan cuaca yang sesuai untuk penternakan haiwan ber­kenaan.

Jelasnya, unta mampu bertahan dengan keperluan air yang rendah, mempunyai daya tahan tinggi terhadap serangan pe­nyakit.

Jangka hayat haiwan itu juga panjang sekali gus menjadikannya berpotensi untuk penternakan moden.

“Unta sangat mudah untuk dijaga, cepat membesar, makanannya pun senang. Cuaca di Malaysia sangat sesuai untuk menternak unta.

“Ia juga boleh menggantikan lembu dan kambing semasa kita melakukan ibadah korban. Sudah ramai juga sudah melakukannya sebelum ini” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini