Tidak lengkap ke Pangkor tanpa ‘borong’ coklat

Tidak lengkap ke Pangkor tanpa ‘borong’ coklat

PELANCONG tidak melepaskan peluang membeli coklat sebelum pulang selepas bercuti di Pulau Pangor, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Percutian ke Pulau Pangkor tidak lengkap tanpa membawa pulang coklat dari pulau bebas cukai itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati coklat menjadi antara pilihan utama pelancong untuk dibeli sebelum pulang berikutan harganya yang murah.

Seorang pengunjung, Hakiq Mustafa, 38, dari Menglembu, Ipoh berkata, dia bercuti bersama keluarga dan mengambil kesempatan membeli coklat untuk dibawa pulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah selalu datang bercuti di Pulau Pangkor, kalau tidak silap sebanyak lapan kali bersama keluarga. Setiap kali bercuti di sini, saya mesti beli coklat untuk dibawa pulang.

“Ibarat tidak lengkap percutian di sini jika tidak dapat membeli coklat import untuk dibawa balik,” katanya.

Menurutnya, Pangkor boleh diibaratkan sebagai destinasi sesuai untuk penggemar coklat kerana terdapat pelbagai jenis coklat yang dijual pada harga murah.

“Saya beli lebih RM300 pelbagai jenis coklat dan tidak dikenakan cukai kerana berada di sini selama dua malam, iaitu syarat untuk barang tidak dikenakan cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga coklat yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 56, berkata, Pulau Pangkor semakin dikenali sebagai destinasi membeli coklat daripada pelbagai jenama pada harga murah.

“Setiap minggu bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad atau cuti umum, ramai pelancong berada di pulau ini. Sekali gus, kedai-kedai jualan coklat di Pekan Pangkor menjadi tumpuan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×