LUMUT: Peniaga di pekan Lumut berharap lebih banyak program dan acara pelancongan dianjurkan di kawasan itu bagi merancakkan ekonomi setempat serta menarik lebih ramai pengunjung singgah sebelum atau selepas mengunjungi Pulau Pangkor. Mereka berkata, pekan Lumut hanya meriah pada hujung minggu, cuti umum, cuti persekolahan atau ketika berlangsungnya acara tertentu, manakala kehadiran pengunjung pada hari bekerja masih rendah sehingga menjejaskan pendapatan peniaga. Seorang peniaga hasil laut, Nurul Najwa Syahril, 26,…









