Polis kesan pemandu biar kanak-kanak keluar dari bumbung kereta 

Polis kesan pemandu biar kanak-kanak keluar dari bumbung kereta 

TANGKAP layar beberapa kanak-kanak mengeluarkan sebahagian badan melalui bumbung kenderaan yang sedang bergerak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang mengesan pemilik sebuah yang dipercayai membenarkan beberapa kanak-kanak keluar melalui bumbung kenderaan yang sedang bergerak di Lebuh Raya Meru-Jelapang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 21 saat itu di Facebook semalam.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuh Raya Meru-Jelapang sekitar pukul 6.45 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan dan mengambil keterangan daripada individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat yang memaparkan beberapa kanak-kanak perempuan mengeluarkan sebahagian badan mereka melalui bumbung kereta’ sebuah kereta yang sedang bergerak.

Perbuatan berkenaan mengundang kecaman ramai kerana dikhuatiri mengancam keselamatan kanak-kanak terbabit, selain mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini