Pemandu maut, jengkaut terbalik dalam Tasik Bera - Utusan Malaysia

Pemandu maut, jengkaut terbalik dalam Tasik Bera

SEORANG lelaki maut selepas jengkaut yang dipandunya terbalik ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Tasik Bera di Bera, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang lelaki maut selepas jengkaut. dipandunya terbalik ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Tasik Bera, di sini, hari ini.

Mangsa, Alief Daniel Haqim Abdullah, 26, ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikeluarkan dari dalam jengkaut oleh pasukan bomba kira-kira pukul 4.10 petang. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 2.11 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang tiba di lokasi pada pukul 2.56 petang, sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan bot.

Katanya, terdapat dua lelaki terbabit dalam kejadian itu, dengan seorang lagi mangsa, Muhammad Aiman Fikri Mohd Azaha, 28, berjaya menyelamatkan diri.

“Komander operasi mendapati benar terdapat sebuah jengkaut terbalik di Tasik Bera ketika kerja-kerja pembersihan tasik dijalankan. Seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi dipercayai terperangkap dalam jengkaut dan dikhuatiri lemas,” katanya.

Mohd. Salahuddin berkata, anggota bomba berusaha membuka pintu jengkaut bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

“Pasukan berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 4.10 petang dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke darat untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×