Cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor

Cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor

Jangan salah tafsir perpaduan Melayu
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor mengumumkan cuti peristiwa pada 25 Oktober 2025 sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun tarikh yang diisytihar jatuh pada hari Ahad itu akan diberikan Hari Kelepasan Gantian Am pada keesokannya.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, sempena sambutan tersebut, terdapat tiga istiadat utama akan berlangsung pada tarikh itu.

Katanya, istiadat tersebut adalah Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama berserta 21 das tembakan. Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor.

Turut akan diadakan istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri akan menganjurkan Sambutan Jubli Perak Sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor yang akan berlangsung bermula 28 September hingga 1 November.

“Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 20 program dan majlis rasmi disusun merangkumi dimensi kemasyarakatan, keagamaan, kelestarian alam sekitar, pembangunan infrastruktur dan sukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, pengisian tersebut menggembleng kerjasama seluruh jabatan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri (GLC) serta organisasi bukan kerajaan (NGO).

“Bagi menzahirkan prinsip tadbir urus berhemah, kerajaan negeri menjunjung penuh titah Sultan Sharafuddin agar keseluruhan sambutan dilaksanakan secara sederhana, berhemah dan berimpak tinggi tanpa sebarang pembaziran.

“Sambutan akan melabuhkan tirainya pada 1 November menerusi Istiadat Menjunjung Duli Sempena Pemasyhuran Gelarang Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×