Dua ADUN Bersatu Pahang ikrar sokong Menteri Besar hingga PRU-16 - Utusan Malaysia

Dua ADUN Bersatu Pahang ikrar sokong Menteri Besar hingga PRU-16

JASRI JAMALUDIN (kiri) dan MOHD. YAZID MOHD. YUNUS (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​KUANTAN: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sehingga Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) akan datang.

Wakil rakyat Bersatu tersebut adalah ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin dan ADUN Lepar, Mohd. Yazid Mohd. Yunus.

DUN Kuala Sentul terletak di Parlimen Maran manakala Lepar di bawah Paya Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka dalam kenyataan bersama berkata, keputusan itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan Bersatu demi menjamin kestabilan politik di Pahang dan memelihara kebajikan rakyat di kedua-dua kawasan berkenaan.

​Menurut mereka, muafakat bersama Menteri Besar itu memberi keyakinan bahawa fokus kerajaan negeri akan terus ditumpukan kepada pembangunan dan kesejahteraan penduduk di DUN Kuala Sentul dan DUN Lepar.

​”Kami akan terus melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab dan memberi kerjasama padu kepada pentadbiran negeri bagi memastikan pembangunan, kebajikan, dan kepentingan rakyat Pahang sentiasa terpelihara,” kata mereka dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Menurut dua wakil rakyat itu lagi, dinamik politik semasa menuntut agar kepentingan rakyat, kestabilan negeri, dan kelangsungan pentadbiran yang berkesan diletakkan sebagai keutamaan tertinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN