Operasi LRT Laluan Kelana Jaya pulih - Utusan Malaysia

Operasi LRT Laluan Kelana Jaya pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi selepas kerja pembaikan gangguan bekalan kuasa landasan membabitkan empat stesen selesai dijalankan.

Rapid KL menerusi kenyataan memaklumkan kerja baik pulih di Stesen Subang Jaya, Glenmarie, Ara Damansara dan Lembah Subang selesai.

Susulan pemulihan itu, perkhidmatan tren dan bas alternatif yang diaktifkan sepanjang tempoh gangguan turut ditamatkan, manakala kekerapan perjalanan tren kini sedang diselaraskan semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, perjalanan penumpang Laluan Kelana Jaya terjejas berikutan gangguan bekalan kuasa landasan yang membabitkan empat stesen berkenaan.

Sepanjang tempoh gangguan, pasukan teknikal Rapid KL ditempatkan di lokasi bagi menjalankan kerja pembaikan, manakala anggota polis bantuan dan petugas stesen turut digerakkan untuk membantu pergerakan serta menjaga keselamatan penumpang di platform dan ruang legar stesen.

Bagi memastikan perjalanan penumpang tidak terjejas sepenuhnya, Rapid KL turut mengaktifkan beberapa langkah sementara termasuk operasi tren berbalik dan ulang-alik serta bas perantara percuma.

Orang ramai disarankan mengikuti saluran media sosial rasmi Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini