Projek pembinaan bangunan IPK Pahang baharu di KotaSAS akan diteruskan - Utusan Malaysia

Projek pembinaan bangunan IPK Pahang baharu di KotaSAS akan diteruskan

REDZUAN Abd. Hamid (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang antara Yahaya Othman (kiri) dan Azry Akmar Ayob di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang baharu di KotaSAS di sini akan diteruskan mengikut perancangan membabitkan peruntukan lebih RM300 juta.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Redzuan Abd. Hamid berkata, sebelum ini isu yang dihadapi adalah berkenaan tapak projek.

“Namun, saya dimaklumkan isu itu sudah berjaya diselesaikan dan dijangka projek ini akan diteruskan seperti dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di IPK Pahang di sini hari ini.

Menurut Redzuan, beliau memberi komitmen untuk memastikan projek pembinaan IPK Pahang yang baharu berjalan lancar sebelum bersara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mengumumkan peruntukkan untuk pembinaan projek IPK Pahang yang baharu pada Pembentangan Belanjawan 2025.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Datuk Azry Akmar Ayob hari ini dilantik Pemangku Ketua Polis Pahang menggantikan Datuk Seri Yahaya Othman yang bersara wajib bermula esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN