Polis Thailand kesan rakyat Malaysia pandu Mercedes rosakan kunci tayar

Polis Thailand kesan rakyat Malaysia pandu Mercedes rosakan kunci tayar

KERETA milik rakyat Malaysia yang bertindak merosakan kunci tayar milik polis trafik selepas meletakan kereta mewah jenis Mercedes-Benz di zon larangan parking di persimpangan Jalan Kong Khong dan Jalan Prachathipat, Hat Yai, Thailand hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI (THAILAND): Pihak Thailand giat mengesan rakyat Malaysia yang bertindak merosakan kunci tayar milik polis trafik selepas meletakan kereta mewah jenis Mercedes-Benz di zon larangan parking di persimpangan Jalan Kong Khong dan Jalan Prachathipat di sini hari ini.

Ketua Balai Polis Hatyai, Kolonel Macha Kaewthong berkata, tindakan itu merupakan satu kesalahan berat yang boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kami menerima aduan pada pukul 10.30 pagi mengatakan pemilik kereta terbabit telah merosakkan kunci tayar berkenaan sebelum melarikan diri.

“Sebelum kejadian, anggota polis trafik telah mengunci tayar sebuah kereta Mercedes-Benz bernombor pendaftaran Malaysia yang didapati melanggar peraturan dan surat saman juga diletakkan di cermin depan kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Macha memberitahu, susulan itu pihaknya juga telah menyerahkan nombor kereta kepada pihak kastam dan imigresen thailand supaya sekatan boleh dilakukan di semua pintu keluar ke Malaysia.

Katanya, pihaknya juga telah berhubung dengan pihak kastam dan imigresen di sempadan Thailand-Malaysia untuk membantu mengesan kenderaan terbabit

Mengulas lanjut, Macha berkata, pemilik kenderaan itu tidak boleh melarikan diri kerana perbuatannya merosakkan kunci itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

“Berdasarkan rakaman CCTV, lelaki terbabit telah mengundurkan keretanya sehingga kunci tayar dan kabel berkenaan pecah serta putus. Dia kemudian memecut pergi.

“Tindakan memusnahkan atau memotong kunci roda pegawai trafik adalah satu kesalahan yang boleh membawa hukuman berat kerana dianggap memusnahkan harta kerajaan dan menghalang tugas rasmi,” katanya.

Macha berkata, individu tersebut boleh dituduh mengikut Seksyen 159 Perenggan Dua Akta Lalu Lintas Darat 1979 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga bulan atau denda tidak lebih RM607 atau kedua-duanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN