KUALA LUMPUR: Musyawarah Nasional perlu didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghimpunkan seluruh tokoh Melayu-Islam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu perlu menjadi wadah bersama yang bersifat inklusif dan berterusan demi memperjuangkan agenda Melayu, Islam serta perpaduan negara secara lebih tersusun. Ahmad Zahid yang juga pengasas Musyawarah Nasional berkata, perkara itu bagi memastikan himpunan itu tidak dimonopoli mana-mana parti politik, kelompok mahupun…










