Dua sahabat maut Axia rempuh tiang elektrik di Jengka - Utusan Malaysia

Dua sahabat maut Axia rempuh tiang elektrik di Jengka

DUA sahabat maut kereta Perodua Axia yang dinaiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Besar Felda Jengka 12 di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik dalam kemalangan di Jalan Besar Felda Jengka 12 di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohamad Arif Danial Ramli, 23, dan rakannya, Mohamad Ali Mohamed Saat, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Axia dari arah Felda Jengka 13 menghala ke Bandar Pusat Jengka.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tiang elektrik.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu berusia 23 tahun bekerja sebagai pemandu jentera berat manakala rakannya yang berusia 31 tahun bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN