KUANTAN: Kerajaan Persekutuan diminta memberikan kelulusan segera bagi membolehkan Pahang meneroka dan mengeksport hasil bumi termasuk pasir sungai, bauksit dan mineral lain berkualiti tinggi. Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Yusri Yusof berkata, permintaan tinggi dari luar negara diyakini mampu meningkatkan pendapatan negeri sekali gus memperkukuh kedudukan Pahang sebagai negeri makmur dan membela kebajikan rakyat. “DPMM Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah…










