Agong kurnia darjah kebesaran kepada Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, Raja Muda Johor - Utusan Malaysia

Agong kurnia darjah kebesaran kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Raja Muda Johor

TUNKU Mahkota Ismail sempurnakan pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail.

Pengurniaan kebesaran itu disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar, di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN