Kau buatlah anak baru - Nadia Anuar - Utusan Malaysia

Kau buatlah anak baru – Nadia Anuar

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara, Nadia Anuar bengang apabila anaknya, Dya Nyla dituduh menjadi punca tiga pembantu rumah berhenti kerja atas dakwaan tidak tahan dengan kerenah kanak-kanak tersebut.

Menganggap perkara itu tidak masuk akal, Nadia membuat keputusan untuk membawa anak perempuannya itu untuk tinggal bersamanya.

“Saya telah mengambil keputusan yang saya akan membawa anak berpindah dengan saya.

“Amat mengejutkan apabila mereka menyalahkan kanak-kanak berusia sembilan tahun kerana sikapnya yang degil, tidak mahu mandi, kadang kala menolak apabila diarahkan memberus giginya dan liat untuk bangun pagi ke sekolah, membuatkan tiga orang gaji terpaksa berhenti.

“Dia baru berusia sembilan tahun, dan perkara ini berlaku dalam tempoh dua ke tiga bulan sahaja,” katanya dalam Thread.

Nadia dalam masa yang sama membangkang dakwaan-dakwaan tersebut dan kehairanan perkara itu tiba-tiba berlaku selepas bekas suaminya, Hafiz Salleh berkahwin baharu.

”Umurnya baharu sembilan tahun, dan benda ini berlaku dalam tempoh dua ke tiga bulan sahaja.

”sebelum ini, seorang pembantu rumah bertahan dengan kami selama sembilan tahun, tak ada masalah.

”tapi selepas berkahwin baharu, halau pembantu rumah lama, tiba-tiba anak saya yang menjadi punca?

“Jadi tak apalah. Memandangkan anak saya tak baik, bagi dia balik pada saya. Saya akan jaga dan didik anak saya sendiri. Kau buatlah anak baru yang lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi, namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada Oktober 2010.

Nadia kemudian mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Salleh pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Dya Naylaa, 8.

Bagaimanapun, Nadia sekali lagi diuji dengan perceraian apabila mereka berpisah empat tahun lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN