Suami ADUN Meru meninggal dunia

Suami ADUN Meru meninggal dunia

Meninggal dunia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suami kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid, Abu Bakar Din meninggal dunia dekat kediaman mereka di Meru, Klang, hari ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam tadi selepas mengadu batuk dan sesak nafas.

Anak sulung, Abdul Muhaimin berkata, pemergian bapanya itu adalah secara tiba-tiba kerana tidak mengalami sakit yang serius, sebaliknya menghidapi batuk.

“Pada sebelah siang, ayah saya boleh memandu sendiri dan keluar ke klinik untuk mendapatkan ubat batuk. Malam tadi pula, dia mengadu batuk dan rasa sesak nafas. Kemudian dia pergi.

“Allahyarham seorang yang ceria tidak menunjukkan sikap atau tanda-tanda akan pergi. Malah, ketika hari keluarga baru-baru ini, ayah sangat gembira bila dapat bertemu dengan anak-anak,” kataya ketika dihubungi, hari ini.

Allahyarham Abu Bakar dibawa balik ke kediaman mereka di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Sempak selepas Zohor nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN