Serbu tapak projek hidrokuasa, 114 PATI ditahan

Serbu tapak projek hidrokuasa, 114 PATI ditahan

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan oleh JIM Kelantan dalam serbuan di Kuala Krai, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 114 pendatang tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara selepas menyerbu tapak projek hidrokuasa di sini kelmarin.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI yang ditahan itu melibatkan warganegara Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Indonesia dan China.

Katanya, kesemua PATI itu dibawa ke Kompleks Imigresen Negeri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Sebelum itu, kita telah melakukan pemeriksaan ke atas 369 warga asing yang berada di tapak projek berkenaan.

“Hasil risikan mendapati kebanyakkan warga asing yang bekerja dan tinggal di sekitar lokasi projek disyaki tiada dokumen dan pas yang sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, operasi itu turut melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN