SHAH ALAM: Persekolahan bagi ketiga-tiga anak Allahyarham Amirul Hafiz Omar akan ditanggung oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan agensi-agensi hal ehwal agama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pada peringkat awal, ketiga-tiga anak pasangan Amirul Hafiz dan Nurul Nadia Abdul Majid itu akan ditanggung selama setahun. Katanya, selain itu, mereka turut akan dibantu oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk membuka akaun simpanan…










