KLANG: Peralihan sumber tenaga daripada pembakaran arang batu dan diesel kepada gas atau nuklear bagi grid bekalan elektrik nasional memerlukan pendekatan secara berperingkat. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohammad Yusof Apdal berkata, kementeriannya dalam proses mengkaji dan meneliti penggunaan teknologi nuklear bagi penjanaan tenaga elektrik. Katanya, negara maju yang menggunakan tenaga nuklear ketika ini mempunyai kelebihan berbanding Malaysia yang bergantung kepada sumber konvensional selain penjanaan melalui empangan…










