Mangsa kedua dirempuh SUV guru kini stabil

Mangsa kedua dirempuh SUV guru kini stabil

KEADAAN SUV yang merempuh mangsa di kawasan surau di SMK Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pelajar yang turut dirempuh kenderaan ultiliti sukan (SUV) dipandu seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini semalam kiini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, Zara Aftar Zamzuri, 13, kini menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas mngalami kecederaan pada bahagian kepala dan muka.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, ketika ini remaja berkenaan berada dalam keadaan sedar dan stabil.

“Alhamdulillah, bacaan tanda vital memuaskan. JKNK akan terus melakukan pemantauan rapi sehingga dia pulih sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi.

“Penilaian awal mendapati pesakit mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan muka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam media melaporkan, kemalangan yang telah meragut nyawa pelajar, Nur Fatimatul Hawa Mohd. Azaudin, 13, yang ketika itu sedang memakai kasut selepas selesai menunaikan solat zuhur berjemaah.

Kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu SUV yang tertekan pedal minyak lalu terbabas sebelum merempuh mangsa. Kejadian pukul 1.50 petang itu turut menyebabkan seorang lagi pelajar perempuan mengalami kecederaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN