Krisis DUN Negeri Sembilan: BN tarik sokongan, Aminuddin dakwa masih MB

Krisis DUN Negeri Sembilan: BN tarik sokongan, Aminuddin dakwa masih MB

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Datuk Seri Aminuddin Ha­run akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Negeri Sem­bilan walaupun 14 Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah menarik sokongan terhadapnya.

Katanya, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pagi semalam susulan tindakan wakil rakyat BN tersebut.

“Setelah melalui pertimbangan sewajarnya, Tuanku Muhriz telah menasihati dan menitahkan agar saya meneruskan tanggungjawab mentadbir sebagai Menteri Besar seperti biasa selagi belum terdapat kejelasan utama mengenai perkara ini.

“Selaras dengan peruntukan undang-undang dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, kerajaan ne­geri akan terus berfungsi seperti biasa, saya akan memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar dengan tumpuan kepada kepentingan rakyat terus dipelihara,” katanya dalam sidang akhbar di ke­diaman rasmi Menteri Besar di sini petang semalam.

Sidang akhbar itu dihadiri 16 ADUN Pa­katan Harapan (PH) termasuk ­Antho­ny Loke Siew Fook yang juga ADUN Chennah dan Speaker Dewan Undangan Nege­ri, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman yang juga Pengerusi Amanah Negeri.

Sidang akhbar itu susulan pe­ngisytiharan 14 ADUN BN yang menyatakan hilang keper­cayaan kepada Aminuddin sebagai Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Aminuddin memberitahu, ke­dudukan PH kini sebagai ke­rajaan minoriti tidak terjejas dan boleh berfungsi sebagai kerajaan negeri.

Jelasnya, kedudukan sebenar PH hanya boleh ditentukan melalui undi tidak percaya di DUN yang perlu diadakan dalam tempoh 6 bulan.

“Tetapi pada masa persida­ngan DUN yang sepatutnya berlangsung hari ini telah pun ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“Cadangan penangguhan ini te­lah diminta sendiri oleh li­ma ADUN UMNO pada malam sebelum istiadat perasmian itu dilakukan,” katanya.

Aminuddin yang juga Pe­ngerusi PH negeri menambah, PH bersedia menerima apa jua keputusan yang akan dibuat melalui mana-mana antara ke­dua-dua kaedah tersebut.

Secara peribadi katanya, isu ter­sebut tidak menjejaskan be­liau malah meningkatkan se­ma­ngat untuk bekerja lebih kuat.

“Saya serahkan kepada Allah SWT dan akan terus beker­ja memastikan pentadbiran ne­geri berjalan lancar serta pe­laburan terus masuk,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa keluarganya memahami situasi tersebut walaupun me­rasa terkejut pada peringkat awal.

Sementara itu, Loke berkata, kedudukan itu juga boleh ditentukan jika Yang Dipertuan Besar berkenan menerima menghadap 14 ADUN yang te­lah menarik sokongan dan membuat keputusan selepas itu.

“Perkara ini pernah berlaku dalam krisis politik di Perak sebelum ini,” katanya.

Jalaluddin Alias ketika mengumumkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar dan kerajaan Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

Sebelum itu, Barisan Nasional (BN) Nege­ri Sembilan mengisytiharkan telah menarik sokongan terhadap Aminuddin sekali gus menjadikan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) itu hilang majoriti.

Pengerusi Badan Per­hu­bungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, semua 13 daripa­da 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang kesemuanya daripada UMNO hadir pada sidang akhbar khas semalam untuk mengumumkan keputusan sebulat suara menarik sokongan itu atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Aminuddin.

Sementara ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak hadir kerana berada di Brunei atas urusan kerja. Namun, beliau dilaporkan menyokong pengisytiharan tersebut.

Penarikan sokongan itu bermakna PH kini hanya mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang mana majoriti mudah untuk menjadi kerajaan memerlukan 19 kerusi.

“Kesemua 14 ADUN UMNO BN sebulat suara hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan,” kata Jalaluddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN