Kemajuan sains ubah landskap perang, kuasa ketenteraan

Kemajuan sains ubah landskap perang, kuasa ketenteraan

PELAWAT DSA 2026 dan NATSEC 2026 teruja melihat senjata api jenis Colt MK47 yang dipamerkan di MITEC, Kuala Lumpur, semalam.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan sistem hipersonik bakal memberi impak besar terhadap operasi ketenteraan masa depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemajuan pesat dalam sains dan teknologi telah me­ngubah secara asas landskap ke­selamatan global sekali gus mentakrif semula sifat pepera­ngan dan kuasa ketenteraan.

Katanya, dalam dunia yang semakin kompleks dan berkembang pantas, keselamatan kolektif bergantung kepada keupayaan negara untuk memahami, menyesuaikan diri dan bertindak secara bersama.

“Teknologi ini bersifat mengganggu (disruptive) dan menga­lihkan fokus daripada platform tradisional kepada sistem yang saling berhubung serta autonomi.

“Penggabungan teknologi ini mewujudkan paradigma pepe­rangan yang sama sekali baharu,” katanya pada Majlis Perasmian Forum Putrajaya sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di sini semalam.

Beliau berkata, konflik semasa menunjukkan peperangan kini semakin dipengaruhi oleh keupayaan dan integrasi teknologi yang menuntut penilaian semula terhadap pendekatan membina kekuatan pertahanan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN