KLANG: Tokoh wartawan penyiaran, Datuk Karam Singh Walia dikenang sebagai seorang yang tegas dan berpendirian terutama membabitkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris walaupun dalam kalangan ahli keluarganya. Anak kedua mendiang, Melvinder Singh Walia, 42, berkata, bapanya itu sentiasa menegur anak-anak ketika bertutur termasuk mendidik mereka menyebut sesuatu perkataan dengan betul. “Dia buat macam itu supaya kami (sekeluarga) kuasai kedua-dua bahasa itu, selain bahasa Punjabi sebagai pertuturan harian. Malah, ayah juga…










