SHAH ALAM: Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar layak menerima pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada setiap bulan seumur hidup selepas suaminya mempunyai caruman dengan badan berkanun itu. Manfaat sama turut diterima oleh ketiga-tiga anak Amirul Hafiz, 33, yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu stor dekat sebuah syarikat logistik, TVH Malaysia Sdn. Bhd. selama 15 tahun. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed…










